Friday, September 26, 2008

Warisan Kesenian Malaysia

Negara kita kaya dengan warisan kesenian pelbagai kaum. Beberapa bidang kesenian tersebut telah diwartakan sebagai warisan kesenian negara. Antaranya adalah bidang permainan tradisional. Malaysia dari dahulu lagi kaya dengan permainan tradisional. Bagaimanapun dengan kemunculan pelbagai jenis hiburan menggunakan teknologi terkini, permainan-permainan ini semakin dilupakan seiring dengan peredaran masa. Sebenarnya, permainan-permainan tradisional merupakan salah satu khazanah negara yang berperanan mengeratkan persaudaraan sambil mengisi masa terluang.

Permainan tradisional merupakan permainan yang dimain oleh nenek moyang kita untuk menghiburkan diri mereka bersama kawan. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini.

Antara permainan tradisional masyarakat Malaysia ialah wau, gasing, congkak, batu seremban, sepak raga dan galah panjang. Permainan tradisional ini ada keunikan, sejarah dan cara permainannya sendiri. Jika seseorang tahu akan keunikan dan cara permainannya, pasti akan menyeronokkan apabila bermain.




No comments: